Sunday, May 22, 2011

Gambar Pertama

Muda dan ceria. Aku dan dia.. tak pernah rasa duka sepanjang permulaan perkenalan kita orang. Balik bersama, makan bersama, bercerita bersama, hampir segala-galanya aku dan dia lakukan bersama. Teringat lagi masa ni, Dari Kuala Lumpur ke Segamat, tak kering lah bibir dibuatnya.. ada saja benda nak di ceritakan semasa perjalanan. Hampir tak percaya... Kejap aje rasa, rasa macam semalam semua ni terjadi. Masa amat pantas meninggalkan kita dan kenangan dibelakang sementara kita mencari kenangan baru.

Perkenalan kita dua orang memang sesuatu yang melucukan bagi aku. bila aku teringatkan balik, aku tersenyum seorang. Cerita dia macam ni, lepas habis kelas CTU dan ada 'assessment' yang perlu dibuat, aku pun pergi lah 'library' mencari bahan-bahan nak dibuat 'assessment' tu, and then, ada orang tegur aku, aku pun toleh lah.. sekali pandang.. PEREMPUAN.. wow, mood masa tu pun agak gila-gila sikit, aku pun melayan lah.. tak silap aku.. ada 3 orang kot.. tapi yang lain aku tak pandang dan tak ingat pun.. yang mata aku pandang tepat.. dia ni aje.. borak dan borak dengan dia aje.. yang lain tu... endah-tak endah aje aku buat. pelik juga bila aku ingatkan balik.

"Tak terlintas bila kau sebenarnya Hawa untuk aku"