Sunday, December 20, 2009

MatiKu Untuk Manja

Genap seminggu, aku masih lagi tidak pasti akan peluang yang diberikan kepada aku.
dalam minggu ni banyak sangat aku berfikir sampaikan fikiran aku sebenarnya dah mula fikir bukan-bukan. Tp aku tolak itu semua ke tepi. apa yang aku tahu aku mencintai dia. tidak akan ada orang lain akan menggantikan tempat MANJA dalam hidup aku.

Setelah lamanya aku tidak jumpa dan menggengam erat tangan dia,
akhirnya aku dapat juga menggengam tangan MANJA. Bukan untuk memuaskan nafsu, cukuplah sekadar aku melepaskan rindu yang terbuku dihati. Walaupun semalam aku hanya merasai kelicinan kulit tangan MANJA masa keluar bersama adik dan sepupua dia. Tapi hari ni cukup bermakna pada aku. menemani setiap langkah seperti waktu dulu. Aku keluar dengan manja hari isnin pun sebab aku ingin tahu apa keputusan dia terhadap hubungan yang aku dan dia bina selama 2 tahun 8 bulan. Status hubungan aku dan dia berada di hujung jari, bila-bila ia boleh ditiup angin ibarat habuk yg berterbangan. adakah aku seorang kawan? bf? aku takut kehilangan dia. tp aku tak pernah tunjuk depan dia. biar lah hanya aku yang tahu dalam palung hati aku.

Dah puas berjalan aku dengan manja singgah dekat McD Kl Sentral makan, tp waktu telah mendahului aku. 8.26pm masih lagi aku menunggu jawapan dia| akhirnya aku dengan dia mula berbicara
"kita dan tawar hati kamu untuk menerima mana-mana lelaki lagi dalam hidup kita, walaupun ada orang nak sangat kenal dengan kita"
"masa dekat sekolah umu ada buat event, kita kenal dengan seorang mamat ni, baik sangat, nak kenal sangat ngan kita"
"masa tu dia call umi tapi fon umi mati, so kenal lah pakai fon kita... since dari tu lah sampai sekarang dia still contact kita"
"tp kita tak bagi harapan pun kat dia"

Banyak sangat aku bincang dengan dia sampaikan aku pun rasa nak menangis.
dia tanya dekat aku "kalau dia bagi peluang dekat aku apa akan aku lakukan?"
aku jawap dengan jujur "fix tak akan berubah kot ngan perangai fix.. tp fix cuba untuk berubah"
Reaksi wajah dia aku lihat macam tak dapat terima aku.

Habis makan kita orang pun beransur, dia kata nak pergi tandas, ala, aku tahu dia menangis, aku tahu dia nak ambil mood. ok.
Lepas tu kita orang belilah tiket balik rumah naik KTM,
dalam ktm lah dulu aku dan dia banyak bercerita,
dalam ktm lah banyak juga kenangan aku dan dia,
dalam ktm lah tempat aku dan dia menangis,

Masa dalam ktm banyak dia cakap tapi aku tak beberapa nak dengar sebab aku ni agak pekak lah juga. Tp yang hanya aku dengar ada lah "lepaskan kita"
sama ada aku tersalah dengar atau tidak aku tidak pasti sama sekali.
Dengan sedihnya aku melepaskan ia pergi, "kamu bukak lah pintu hati kamu untuk orang lain"
Sedih nya masa tu hanya Tuhan saja tahu. Shah Alam, tempat dia turun. "kamu chayok" kata-kata terakhir aku. start dari dia keluar aku menangis, menangis tp macho lah lagi.

Malam nya aku online, buka myspace dan delete dia dari hidup aku, tp tak boleh, dengan kerasnya hati aku, aku delete juga sebab sedih sangat aku meraung dalam bilik.
Mula lah satu titik cerah bila dia kata tak nak sms dia lagi ke.
mula saat itu lah aku kata aku bukan lagi.

Rupanya dia kata aku salah dengar pasal lepaskan dia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petang ni pula aku rasa sangat sayangkan dia. biarlah dia tipu aku.
aku rela ditipu sebab aku sayang kat dia. aku tak boleh kehilangan dia.
aku akan mengalah dengan segala kemahuan dia.

Masanya aku potong kuku setelah aku bersama dengan Manja semula.
Bila aku putus dengan dia? aku tertanya.
aku tak pernah putus dengan dia cuma aku menghilangkan diri atas sebab-sebab tertentu.

3 hari dan aku menangis,
lemah badan. aku tak nak macam ni lagi, aku nak berubah demi dia.
demi dia aku akan berubah, aku sayang kan dia.
aku tahu dia masih tawar hati untuk melayan aku lagi,
macam yang aku kata kan. aku rela ditipu,
sebab aku cinta kan dia.
Nyawa aku tidak ada nila tanpa dia.

Hari berganti hari.
Minggu berganti minggu.
aku harap cinta aku Manja dapat menerimanya
aku tak sanggup kehilangan dia.
Manja.. Fix Mencintai kamu jiwa dan raga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berakhir lah ahad.
Ym dengan manja sungguh menyeronokkan aku. baru aje lepas ym dengan dia.
dia cerita masalah dia aku akan sentiasa mendengar segala masalah dia.
Ayang.. Kita cinta kan ayg.. kenapa.
"I Love U"
? Thanks?
tak pe lah ayg kita faham.
apa2 pun kamu sentiasa di hati fix k.



No comments:

Post a Comment